31 Jan 2016

  
end••

sekali lagi kau memohon maaf
untuk kisah yang perlu kau 
akhiri••

untuk rasa yang kau harus 
pudarkan

-aku-
ya,sungguh semua begitu berat
untuk aku lalui
untuk aku jalani hari hari
aku 
jujur aku tak mampu
tak sanggup
merasakan gelak tawamu 
ketika bersama dia
jujur !
aku tak mampu berkata Kuat
jika sebenarnya aku
rapuh...

cinta ini
rasa ini..
memaksaku untuk menyedari bahawa aku bukanlah untuk kamu

maaf,
aku menyerah bukan kerana cintaku tak ada pada kamu
tapi...
kerana cinta ini bakal membunuh hati ku


-dia-
mungkin,dia yang termanis untukmu
bukan aku..

4 Okt 2015




aku juga perempuan seperti kalian,
 hati dan perasaan yang sentiasa di anggap lemah

aku perempuan

kadang kala hati mahu juga untuk diluah
jangan ambil kesempatan pada aku yang nampak
lemah



"not everyone will understand your journey"



"Kata seorang Sahabat "

' Kalau dia tidak ditakdirkan untuk kita, 
boleh jadi dia bukan yang terbaik untuk kita 
atau 
boleh jadi kita bukan yang terbaik untuk dirinya'

Masa tu mungkin sebenarnya petanda
 yang kau sendiri dah berserah hanya pada ketentuan Dia


13 Sep 2015


awak,
satu persatu kisah awak makin kecundang
kasihan,drama awak makin rabak
lakonan awak makin pincang
dialog awak makin gagap

Dusta durjana !
itu layaknya untuk awak
bukan kah cerita awak makin hampiri penamat
jadi
cukuplah tambahkan episod duka lagi
tamatkan saja

supaya tiada yang terluka
tiada yang pergi
tiada yang merana

awak
dunia bukan pentas untuk lakon layar
kisah yang dahulunya 
saya maafkan
saya relakan
sungguh tiada dendam !

2.48Pm~

saya bahagia 
kisah luka semakin terbuka
awak sepi saya sunyi
bukan tiada bukti
semua sudah tersurat lagi hakiki

sila pergi 
saya bukan untuk awak lagi
doakan saya redha sepanjang perjalanan ini


salam sayang dari kejauhan..


                                                       
                                     







dia pergi lagi
pergi dia setelah satu tahun di hati
pergi dia mungkin tak akan kembali

pergi dia seperti yang lalu
pergi dia kerana bertakhtanya cinta baru
salah aku ?

mungkin ..

terakhir dia disisi 
malam kembalinya aku di sini

semoga dia menjadi tunangan yang berbudi
jangan seperti kisah kita yang terhenti

aku ?
biarlah di sini
meruntun hati sendiri

setelah 3 bulan dia menyepi
undangan di terima tanda tersemi 
ikatan dua hati dua sejoli
tahniah 

jadilah suami !

22 Mac 2012

bismillahirrahmanirrahim

telah tercatat namamu di LUH MAHFUZ
dan jugak tercatat namaku sejak azali lagi,hanya ALLAH yang tahu dan xda siapa diantara kita yang tahu
hanya untukmu...
yang wujudnya aku telah diciptakan dari tulang rusukmu
maafkan aku jika aku x sehebat SAIDATINA SITI KHADIJAH,XSECANTIK SAIDATINA AISYAH
dan xseteguhnya Hawa kepada Nabi Adam...
aku masih tertanya siapa dirimu
yang ALLAH ciptakan peneman buatku
yang mana satukah kamu
adakah kau telah hadir dalam hidupku?
adakah kita masih bersama atau kau telah pergi dari hidupku
jika kau telah pergi,mungkinkah kau akan kembali lagi?
hanya ALLAH yang tahu...

pertama sekali...
aku ingin memohon maaf terhadap dirimu,
mungkinkah kau akan maafkan aku?
aku sepatutnya menjaga akhlakku,menutup auratku,menutup pintu aibku
menjaga diriku hanya untuk kamu !
didunia tanpa sempadan nie sepatutnya aku menjaga batas pergaulanku
tapi kadang kala aku tewas
aku terpengaruh dengan keadaan sekeliling
masihkah kau mahu maafkan aku atas noda dan dosa ini

aku pasti kau mengharapka seorang wanita yang sempurna
yang hatinya belum diisi oleh mana2 lelaki
yang tanganya belum digenggam oleh mana2 jari
andai dapat aku ulang zaman remajaku,pasti terpelihara segala milikku hanya untuk kamu

alangkah indahnya jika tuturmu mengatakan''usah dipersoalkan masa lalumu,aku menerimamu
seadanya sebagai isteriku,krn kita hnya insan biasa,aku tak pernah menyesal memilihmu''

sayangku,kasihku,cintaku....
kata2 ini sepatutnya hanya ku ucap padamu
hanya kau berhak,yang selayaknya menerima kata2 cinta dariku
maafkan aku jika kau bukan orang yang pertama mendapat kata2 cinta dariku,tapi percayalah kau orang yang terakhir menemani hari2 ku
 maafkan aku lagi jika kau bukan orang yang pertama bertakhta di hati ini,
aku bukan sengaja membiarkan dia yang xberhak berada dihatiku,dia datang xdapat ku kawal
''maafkan aku''

kerana telah memberikan cinta ini terdahulu kepada orang lain
sedangkan cinta ini hanya layak untuk mu
dalam perjalanan bertemu denganmu aku tergelincir mendaki mahligai kita
dimana kau pada saat itu :'( 
dimana kau untuk melindungiku?
adakah kau membiarkan aku lalai bertemankan cinta yang hnya menbawa kesia2an terhadap diriku

adakah kau saja membiarkan aku diperlaku sebegitu?
adakah kau suka membiarkan aku menangis sewaktu dipergunakan oleh mereka?
megapa kau menbiarkan aku keseorangan?
megapa kau membiarkan mereka menghancur hati ini,mengguris hati ni,mengecewakan aku sampaikan aku xberdaya :'(
dimana kau bakal suami ku :((
aku xmengharapkan kesempurnaan darimu,aku xmengharapkan harta kau yang menimbun
biarlah ia bersederhana
apa yang aku harapkan agamamu,yang membimbingku
kelak nnti kau yang membimbingku je JANNAH
indahnya jika kita dapat beribadat bersama,
menghidupkan bacaan Al-Quran di sepertiga malam,tahjudd cinta bersama,pasti indah jika kita dapat lakukan bersama

kadangkala,aku memerlukan mu
selama ini aku melakukan hal itu berseorangan
adakala aku tidak kuat untuk mengamalkan itu
aku lemah,ada yang tertinggal
aku menzalimi diri sendiri,jika kau bersamaku tentu kau menasihatiku
maafkan aku semaaf2nya
jika permintaan ini keterlaluan
salahkah aku mengimpikan rumahtangga yang diredhai ALLAH
bersama zuriat2 kita....

jika kau telah pasti nanti,datanglah bertemu dengan ku
dekatilah aku dengan cara baik
kita hamba ALLAH yang xpernah terlepas dari melakukan kesilapan
lakukan solat sunat taubat
aku sedia menerimamu

aku disini,aku juga tahu kau memerlukan diriku
aku masih menunggumu
kita sama-sama memerlukan diri masing2

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)




20 Sep 2011

H I D U P




Apabila sering bertanya bilakah saya ingin menikah. Jawapan saya mudah.

Jawapan terbaik tentang perkahwinan

Kenapa lambat
" kerana Allah tahu masa yang terbaik untuk saya "
Dah berpunya 
"Ya.. kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing masing "

Siapa ?

" Nanti Allah akan perkenalkan kepada saya "

Bila
" Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urus nanti "



 " Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah"
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.”


untuk awak ,

saya belum bersedia bergelar isteri...maka saya tak berusaha untuk mencari jodoh
bukan saya tak nak kawin lagi
cuma saya tak bersedia lagi,saya tak nak menyesal kemudian hari
 kerana tergesa gesa dgn urusan perkhawinan...
banyak yg menempah neraka sebaik saja melangkah ke alam perkhawinan..
bagi sahabat sahabat saya yang sudah berkawin itu...
mungkin diorang sudah bersedia..berapa banyak yg menyesali perkhawinan..
cerita melalui sahabat sahabat saya yang sudah mendapat status 'janda'
sedangkan dulu..diorang yg bermatian matian membina janji..membukti cinta..
setiap orang inginkan kehidupan yang bahagia..
tapi kita sewajarnya melangkah dulu..baru melompat..
sebenarnya perkhawinan itu indah,
tetapi bagi yang betul2 memenuhi segala tuntutan Nya..

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.