13 Sep 2015


awak,
satu persatu kisah awak makin kecundang
kasihan,drama awak makin rabak
lakonan awak makin pincang
dialog awak makin gagap

Dusta durjana !
itu layaknya untuk awak
bukan kah cerita awak makin hampiri penamat
jadi
cukuplah tambahkan episod duka lagi
tamatkan saja

supaya tiada yang terluka
tiada yang pergi
tiada yang merana

awak
dunia bukan pentas untuk lakon layar
kisah yang dahulunya 
saya maafkan
saya relakan
sungguh tiada dendam !

2.48Pm~

saya bahagia 
kisah luka semakin terbuka
awak sepi saya sunyi
bukan tiada bukti
semua sudah tersurat lagi hakiki

sila pergi 
saya bukan untuk awak lagi
doakan saya redha sepanjang perjalanan ini


salam sayang dari kejauhan..


                                                       
                                     







dia pergi lagi
pergi dia setelah satu tahun di hati
pergi dia mungkin tak akan kembali

pergi dia seperti yang lalu
pergi dia kerana bertakhtanya cinta baru
salah aku ?

mungkin ..

terakhir dia disisi 
malam kembalinya aku di sini

semoga dia menjadi tunangan yang berbudi
jangan seperti kisah kita yang terhenti

aku ?
biarlah di sini
meruntun hati sendiri

setelah 3 bulan dia menyepi
undangan di terima tanda tersemi 
ikatan dua hati dua sejoli
tahniah 

jadilah suami !